Konsep Angka Vietnam

Sepertimana bahasa Vietnam yang mendapat pengaruh Cina yang kuat, bahasa Jepun dan bahasa Korea juga menggunakan dua sistem—sistem asli dan sistem Cina. Tetapi penggunaan sistem Cina adalah lebih meluas dalam kedua-dua bahasa tersebut, berbanding dalam bahasa Vietnam. Nombor dari 1 hingga 1000 masih diungkapkan dalam sistem Vietnam asli dan hanya beberapa nombor (seperti 1,000,000, triệu diungkapkan dalam sistem Cina.

Dalam sistem tulisan Vietnam, nombor dari setiap sistem boleh ditulis dengan dua cara. Dalam tulisan moden, nombor dari kedua-dua sistem ditulis dalam aksara yang dirumikan iaitu quốc ngữ. Dalam tulisan lama, yang menggunakan Hán-Nôm (karakter), nombor dari sistem Cina ditulis dalam Hán tự dan nombor dari sistem Vietnam asli ditulis dalam Chữ Nôm.